ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Proton Perodua Save Kaw Kaw: PolicyStreet Tawar Diskaun RM100 untuk Insurans Kereta Proton dan Perodua
Siaran Media | 09 Jun 2026

PRESS RELEASE | PolicyStreet Malaysia

Proton Perodua Save Kaw Kaw: PolicyStreet Tawar Diskaun RM100 untuk Insurans Kereta Proton dan Perodua

9 Jun 2026

Dari 10 hingga 24 Jun, pemilik kereta jenama nasional Malaysia boleh menikmati diskaun RM100 untuk pembaharuan insurans kereta, di samping ganjaran tambahan menerusi program rujukan PolicyStreet.

Proton Perodua Save Kaw Kaw: PolicyStreet Tawar Diskaun RM100 untuk Insurans Kereta Proton dan Perodua

KUALA LUMPUR, 9 JUN 2026 – Daripada perjalanan balik kampung, sesi lepak mamak lewat malam, hinggalah mengharungi kesesakan trafik harian di Lebuhraya Persekutuan, rakyat Malaysia telah lama bergantung kepada kereta nasional seperti Myvi, Saga, Axia dan Bezza untuk bergerak ke mana sahaja destinasi tujuan mereka. Bagi meraikan perjalanan harian yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, PolicyStreet memperkenalkan kempen Proton Perodua Save Kaw Kaw, yang menawarkan penjimatan RM100 untuk pembaharuan insurans kereta. 

Dari 10 hingga 24 Jun 2026, pemilik kereta Proton dan Perodua yang memperbaharui insurans kereta mereka melalui PolicyStreet hanya perlu memasukkan kod promosi “MYR100” semasa pembayaran untuk menikmati diskaun RM100.

“Jika anda lihat di kawasan perumahan, tempat letak kereta pejabat atau lebuh raya di seluruh Malaysia, besar kemungkinan anda akan temui Myvi, Saga, Axia dan Bezza dalam jarak beberapa meter antara satu sama lain. Kereta-kereta ini menjadi pilihan jutaan rakyat Malaysia setiap hari, dan kempen Proton Perodua Save Kaw Kaw adalah cara kami menghargai para pemandu dengan menjadikan pembaharuan insurans lebih berbaloi,” kata Wilson Beh, Ketua Pegawai Operasi PolicyStreet Malaysia.

Nak jimat kaw lagi? Promosi popular 10+10 PolicyStreet masih berlangsung sehingga penghujung bulan Jun. Pelanggan boleh menikmati diskaun premium tanpa had sebanyak 10% selepas NCD, dengan tambahan RM10 lagi ketika pembayaran setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11 pagi dan 10 malam hingga 11 malam. Bagi mereka yang tidak mahu menunggu waktu tertentu, kempen Proton Perodua Save Kaw Kaw menawarkan diskaun RM100 sepanjang hari sehingga 24 Jun. 

Tak cukup kaw?! Selain diskaun RM100, pelanggan juga boleh memperoleh sehingga RM150 kredit Touch ’n Go eWallet melalui program rujukan PolicyStreet. Setiap rujukan yang berjaya memberikan ganjaran RM30 kepada kedua-dua pihak, iaitu pemberi rujukan dan pelanggan baharu, dengan maksimum lima rujukan bagi setiap pelanggan. Jika digabungkan dengan diskaun kempen, pelanggan boleh menikmati penjimatan dan ganjaran bernilai sehingga RM250. 

Selain penjimatan, pemilik kereta Proton dan Perodua juga boleh membandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans dan takaful melalui PolicyStreet dalam hanya beberapa minit. Ini memudahkan mereka mencari perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan bajet masing-masing. Sama ada pelanggan memperbaharui insurans secara dalam talian buat kali pertama atau beralih daripada proses tradisional melalui ejen, mereka boleh menikmati pengalaman yang lebih mudah, telus dan mesra pengguna.

Untuk memperbaharui insurans kereta Proton atau Perodua anda dan menikmati diskaun RM100 dengan kod promosi “MYR100”, dapatkan sebut harga di policystreet.com.my antara 10 hingga 24 Jun 2026. Gabungkan promosi dan ganjaran rujukan untuk penjimatan yang lebih kaw!

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.