ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM

Soalan-soalan lazim (FAQ)

Maklumat dikemas kini setakat May 7, 2026

Soalan Umum

Memperbaharui insurans kenderaan anda di PolicyStreet adalah sangat pantas dan mudah. Anda boleh bandingkan sebut harga daripada pelbagai penyedia insurans, pilih perlindungan yang sesuai, dan perbaharui polisi anda bila-bila masa, di mana sahaja. Kelebihan tambahan termasuk:

  • Perlindungan aktif serta-merta selepas bayaran dibuat
  • Harga telus tanpa caj tersembunyi
  • Transaksi dalam talian yang selamat
  • Diskaun dan promosi eksklusif secara dalam talian
  • Pilihan untuk perbaharui cukai jalan pada masa yang sama
Dengan PolicyStreet, anda jimat masa, wang dan tenaga — sambil memastikan kereta anda dilindungi sepenuhnya.

Ya. Semua pemilik kenderaan di Malaysia wajib mempunyai insurans yang sah dan cukai jalan aktif sebelum memandu di jalan raya. Kedua-duanya perlu diperbaharui setiap tahun bagi mengelakkan denda atau tindakan undang-undang.

Anda boleh memperbaharui insurans kereta sehingga dua bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Selepas insurans aktif, barulah anda boleh perbaharui cukai jalan.

Tidak boleh. Setiap kenderaan mesti mempunyai polisi insuransnya sendiri.

Tidak. Insurans kereta hanya melindungi kereta, manakala insurans motosikal khusus untuk motosikal sahaja.

Memandu tanpa insurans atau cukai jalan yang sah adalah kesalahan undang-undang. Anda boleh dikenakan denda, kenderaan disita, atau diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Ya, boleh. PolicyStreet membenarkan pembaharuan insurans kenderaan untuk warganegara, bukan warganegara, serta kereta syarikat — selagi kenderaan berdaftar dengan JPJ dan mempunyai maklumat sah dalam sistem.
Anda hanya perlu masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor IC/syarikat semasa membuat semakan.

Jika anda perlu kemaskini maklumat seperti menambah pemandu, tukar alamat, atau membatalkan polisi, hubungi pasukan khidmat pelanggan PolicyStreet.
Kami akan bantu anda berurusan dengan penyedia insurans atau pengendali takaful untuk memastikan proses berjalan lancar.

Pembelian / Pembaharuan Insurans Kereta

Boleh. Asalkan anda mempunyai maklumat dan dokumen yang diperlukan.

Tidak wajib. Anda disarankan untuk membandingkan pelan daripada beberapa penyedia setiap tahun bagi mendapatkan kadar terbaik.

Ya, boleh — contohnya jika anda menjual kenderaan, menukar penyedia insurans, atau membeli pelan yang salah.
Bayaran balik (refund) biasanya dikira mengikut baki tempoh perlindungan.

Tidak boleh. Anda mesti mempunyai polisi insurans aktif sebelum sistem membenarkan pembaharuan cukai jalan.

Boleh, tetapi anda perlu selesaikan saman terlebih dahulu sebelum memperbaharui cukai jalan di JPJ.

Buat masa ini, kami menawarkan 7 pilihan kaedah pembayaran:

  • Kad Debit atau Kad Kredit (Visa/Mastercard)
  • Perbankan Dalam Talian (FPX) (Maybank2U, CIMBClicks, dll.)
  • e-Dompet (Grab, Boost, Touch 'n Go, ShopeePay, dll.)
  • GrabPay (GrabPay / Grab PayLater) – Tertakluk kepada Terma & Syarat
  • Shopee (ShopeePay / SPayLater) – Tertakluk kepada Terma & Syarat
  • Atome – Tertakluk kepada Terma & Syarat
  • Pelan Pembayaran Mudah (ansuran kad kredit)

Tuntutan

Ya, selagi polisi anda masih aktif. Namun, jika anda tiada lesen langsung, tuntutan boleh ditolak.

Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans dalam tempoh 24 jam, sertakan laporan polis, gambar, dan dokumen berkaitan untuk menyokong tuntutan.

Buat laporan polis dan kemukakan tuntutan pihak ketiga kepada syarikat insurans pemandu yang bersalah.
Sesetengah penyedia juga membantu menguruskan tuntutan jenis ini.

Cukai Jalan

Cukai jalan (road tax) ialah bayaran tahunan wajib untuk setiap kenderaan di Malaysia. Ia hanya boleh diperbaharui selepas membeli insurans sah, dan membolehkan anda memandu secara sah di jalan raya.

Kebiasaannya sah selama 12 bulan, tetapi ada juga yang boleh diperbaharui untuk 6 bulan.

Ia berdasarkan beberapa faktor:

  • Kapasiti enjin (cc) untuk kereta petrol/diesel atau kuasa (watt) untuk EV
  • Jenis bahan api (petrol, diesel, elektrik)
  • Jenis kenderaan (persendirian atau komersial)
  • Lokasi pendaftaran (Semenanjung atau Sabah/Sarawak)

  • Anda boleh semak kadar melalui portal JPJ atau Kalkulator Cukai Jalan PolicyStreet.

Boleh, asalkan data kenderaan aktif dalam sistem JPJ dan insurans masih sah.

Cukai jalan digital (e-LKM) yang diperkenalkan pada 2023 disimpan dalam aplikasi MyJPJ. Kedua-dua versi fizikal dan digital sah digunakan.

Anda boleh dikenakan denda JPJ, dan tidak dibenarkan memandu sehingga pembaharuan selesai.

Ya. Polisi insurans sah diperlukan sebelum pembaharuan cukai jalan boleh dilakukan.

Ya. Kereta elektrik dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jalan sehingga tahun 2025.

Anda boleh semak melalui:

  • Aplikasi MyJPJ
  • Portal JPJ
  • MyEG

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.