
Kita semua pernah lalui situasi ini: beratur panjang di JPJ, cari dokumen lama yang entah di mana, hanya untuk renew insurans dan cukai jalan. Tapi sekarang, semua itu boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah.
Kini, anda boleh renew insurans dan cukai jalan kereta sepenuhnya secara online. Yang paling menarik? Semuanya siap dalam masa kurang daripada 15 minit. Tak perlu beratur!
Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah-langkah mudah untuk renew secara online, serta bagaimana platform seperti PolicyStreet menjadikan proses yang dulu leceh kini lebih pantas dan mudah untuk semua pemandu di Malaysia.
Sama seperti perbankan dan beli-belah dalam talian, pembaharuan insurans kereta secara online kini semakin menjadi pilihan utama. Ia bukan saja menjimatkan masa, anda juga boleh dapatkan sebut harga, bandingkan pelan dan terus renew hanya dari telefon anda.
Bagi mereka yang sibuk, proses ini sangat memudahkan. Anda boleh bandingkan polisi dengan cepat dan tahu dengan jelas apa yang dilindungi sebelum membuat keputusan.
Baru nak faham asas insurans kereta? Baca panduan kami tentang jenis-jenis insurans kereta untuk faham perbezaannya dengan lebih mudah.
Hanya lima langkah mudah, dan anda tak perlu pun keluar rumah:
Masukkan maklumat kenderaan
Masukkan nombor plat kereta dan beberapa maklumat asas. Sistem akan tarik data lain secara automatik. Tak perlu lagi selongkar dokumen lama!
Semak pilihan sebut harga
Pilih jenis pelan insurans yang sesuai. Sama ada komprehensif (melindungi kereta anda dan pihak lain) atau pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
Setiap sebut harga akan tunjuk maklumat perlindungan dengan jelas untuk memudahkan perbandingan.
Urus insurans dan cukai jalan sekali gus
Nak renew insurans kereta dan cukai jalan sekali gus? Tiada masalah. Hanya tandakan satu kotak, dan cukai jalan akan disertakan secara automatik.
Tak perlu risau tentang tarikh luput yang berbeza, semuanya diselaraskan.
Pilih cara pembayaran yang paling sesuai. Sama ada melalui TNG eWallet, kad kredit/debit atau pelan ansuran sehingga 12 bulan.
Pembayaran diproses dengan selamat dan anda akan terima pengesahan serta-merta.
Selepas pembayaran, polisi baharu akan aktif sebaik sahaja yang lama tamat. Cukai jalan digital akan muncul dalam aplikasi myJPJ dalam masa satu hari bekerja.
Kalau anda pilih versi fizikal, ia akan dihantar terus ke alamat anda dalam beberapa hari. Tak perlu ke JPJ pun!
Seluruh proses, dari mula sampai siap, biasanya tak sampai 15 minit. Bagi pelanggan setia, malah lebih cepat!
Perlindungan insurans kereta dan road tax
Insurans kereta asas memang melindungi banyak perkara, tapi ada juga perlindungan tambahan yang penting. Contohnya, perlindungan banjir atau kerosakan akibat tanah runtuh, yang boleh ditambah dengan mudah secara online.
Berikut antara perlindungan tambahan yang patut anda pertimbangkan:
Tak faham maksud istilah seperti “NCD” atau “komprehensif”? Lihat panduan NCD kami yang menerangkan semuanya dalam bahasa mudah.
Untuk renew secara online, anda hanya perlukan:
Nombor plat kereta
Nombor IC untuk pengesahan
Kaedah pembayaran (kad kredit/debit, eWallet atau online banking)
Sekitar 15 minit masa lapang
Itu saja! Platform pembaharuan insurans kereta akan uruskan selebihnya. Daripada mendapatkan maklumat kenderaan hingga ke pengiraan premium dan cukai jalan digital anda.
Berikut sebab ramai pemandu memilih PolicyStreet:
Segalanya di satu tempat! Renew insurans dan cukai jalan dalam satu platform.
Bandingkan sebut harga dari pelbagai syarikat insurans ternama untuk dapatkan pelan terbaik mengikut bajet dan keperluan anda.
Ada masalah? Pasukan sokongan kami sedia membantu melalui chat atau e-mel — manusia sebenar, bukan bot! Lebih baik daripada sistem automatik yang asyik ulang soalan sama tanpa membantu.
Terima peringatan sebelum polisi tamat supaya anda tak terlepas tarikh pembaharuan lagi.
Jika berlaku kemalangan, kami bantu urus proses tuntutan bersama syarikat insuran tanpa proses rumit.
Dengan semua ini, pembaharuan anda jadi lebih cepat, mudah dan bebas stres.
Keselamatan bukan sekadar tentang pembaharuan insuran. Sentiasa bersedia dengan tip keselamatan jalan raya yang setiap pemandu patut tahu.
Pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan kini jauh lebih pantas dan mudah dengan platform seperti PolicyStreet.
Dengan hanya satu platform, anda boleh banding harga, buat pembayaran dan aktifkan polisi. Semuanya dalam masa kurang daripada 15 minit!
Layari laman web PolicyStreet, atau hubungi kami melalui aplikasi WhatsApp atau email sekarang!