
Setia tahun, berjuta-juta rakyat Malaysia memandu di lebuh raya untuk perjalanan paling penting dalam setahun, iaitu balik kampung.
Destinasi sama, kesesakan lalu lintas yang sama, tetapi gaya pemanduan yang berbeza.
Jika anda pernah pulang ke kampung ketika musim perayaan, anda pasti mengenali jenis-jenis pemandu klasik ini.
Pemandu ini, percaya bahawa lebuh raya ialah uji bakat untuk Fast & Furious
Keluar rumah pada jam 4 pagi untuk “elak trafik”
Menyelit antara lorong
Asyik kata, “Relax lah, saya tahu jalan”
Memang seronok sampai ke kampung awal, tetapi memandu laju, membrek mengejut, dan memotong secara berisiko boleh menukar keseronokan menjadi bahaya. Dalam sekelip mata. Ia juga membahayakan pengguna jalan raya lain.
Kemenangan sebenar semasa Tahun Baharu Cina bukanlah sampai paling cepat, tetapi tiba dengan selamat. Namu, ada juga pemandu yang mengambil mesej ini terlalu serius dan kita semua kenal jenis ini.
Bertentangan sepenuhnya dengan Si Laju.
Memandu 60km/j walaupun lebuh raya kosong
Membrek setiap kali nampak sesuatu bergerak
Periksa cermin setiap 3 saat
Keselamatan memang penting, tetapi terlalu ragu boleh mengelirukan pemandu lain dan menyebabkan risiko yang tidak dijangka.
Titik terbaik? Pemanduan yang stabil, peka, dan boleh dijangka.
ALT text: Driver’s view of highway traffic during a balik kampung journey in Malaysia.
Tiada GPS? Tiada masalah.
Makcik navigator ada:
Peta dicetak atau dimuat turun
Pelbagai laluan pintas berbeza
Kemaskini nyata daripada kumpulan WhatsApp keluarga
Tidak kira siapa di belakang stereng (atau memberi arahan dari tempat duduk penumpang), tujuan sebenar setiap perjalanan Tahun Baharu Cina adalah mudah: sampai ke rumah dengan selamat.
Tahun Baharu Cina ini, tidak kira jenis pemandu, perkara paling penting adalah ketenangan fikiran di jalan raya.
Tapi tunggu, ada lagi! Untuk menjadikan perjalanan lebih lancar, PolicyStreet mengadakan cabutan bertuah eksklusif Tahun Baharu Cina. Perbaharui insurans kereta antara 6 hingga 28 Februari 2026 untuk peluang memenangi wang tunai RM8,888.
Sama ada anda si laju, si terlalu berhati-hati, atau pulang bersama makcik navigator, semua orang mempunyai matlamat yang sama, iaitu balik kampung dengan selamat untuk merikan perayaan bersama keluarga.
Sebab itu sebelum memulakan perjalanan, beberapa semakan ringkas amat penting:
Insurans kereta & cukai jalan yang masih aktif
Baki tol mencukupi dan tangki petrol penuh
Nombor kecemasan sedia ada
Pemandu yang cukup rehat
Persediaan ini membantu memastikan perjalanan balik kampung yang lebih lancar dan selamat, supaya anda boleh fokus pada perkara yang benar-benar bermakna; galak bersama keluarga, pertemuan semula, dan ketenangan hati.