
Renew cukai jalan nampak macam mudah, kan? Tapi setiap tahun, beribu-ribu pemandu di Malaysia masih buat kesilapan kecil yang sebenarnya boleh dielakkan.
Kita faham. Dengan kerja, keluarga, dan urusan harian, senang sangat nak terlepas pandang tarikh luput atau lupa dokumen penting.
Berita baiknya, semua ini boleh dielakkan kalau anda tahu apa nak buat.
Jom tengok 9 kesilapan paling biasa rakyat Malaysia buat masa renew cukai jalan, dan macam mana platform digital seperti PolicyStreet boleh bantu mudahkan urusan supaya semuanya lancar, pantas dan bebas stres.
Seorang lelaki berdiri di tepi jalan dengan wajah kecewa selepas disaman kerana cukai jalan tamat tempoh
Kita semua pernah kena. Tarikh luput dah dekat, baru teringat. Esok dah tamat tempoh, barulah nak renew. Akhirnya beratur panjang, stres dan risiko kena saman pun ada.
Kalau renew pada saat akhir, anda berisiko:
Memandu dengan cukai jalan tamat tempoh (boleh kena saman)
Terlepas slot pemeriksaan (untuk sesetengah kenderaan)
Kena tunggu lama di JPJ atau Pos Malaysia
Tip: Setkan peringatan di telefon atau guna servis seperti PolicyStreet, yang akan ingatkan anda secara automatik bila tiba masa untuk renew. Tak perlu panik lagi.
Ramai tak tahu yang anda tak boleh renew cukai jalan tanpa insurans aktif.
Kalau insurans dah tamat, sistem JPJ memang takkan lepaskan. Akhirnya, anda mungkin terpaksa beli pelan “last-minute” yang lebih mahal.
Dengan PolicyStreet, anda boleh renew insurans dan cukai jalan sekali gus, dalam satu proses yang mudah dan automatik.
Tak pasti pelan mana sesuai? Rujuk panduan insurans kereta kami, semuanya diterangkan dalam bahasa yang mudah difahami..
Apa anda patut buat: Renew insurans dulu, barulah cukai jalan.
Kadar cukai jalan di Malaysia bergantung pada saiz enjin, jenis bahan api, dan juga kemas kini kerajaan, terutamanya selepas insentif EV berakhir.
Sekarang, dengan tamatnya tempoh pengecualian cukai EV, ramai yang mungkin terkejut bila tengok kadar baharu.
Cara mudah: Dapatkan sebut harga di PolicyStreet. Anda boleh tengok kadar cukai jalan terkini sebelum buat bayaran.
Nak tahu anggaran kos? Rujuk panduan lengkap kami tentang kadar cukai jalan di Malaysia.
Ingin tahu bagaimana pembaharuan cukai jalan akan memberi kesan kepada kenderaan elektrik (EV)? Ini yang anda perlu tahu tentang perubahan cukai jalan EV di Malaysia selepas tahun 2025.
Ini antara kes paling kerap berlaku. Mereka bayar kepada “ejen” yang menjanjikan harga murah, tapi akhirnya duit lesap, cukai jalan tak wujud pun.
Guna ejen tidak berlesen boleh menyebabkan cukai jalan anda tak diproses, dan kereta anda tidak sah di jalan raya.
Hati-hati: Gunakan platform yang sah dan dipercayai seperti PolicyStreet. Semua transaksi disahkan, resit disimpan secara digital, dan anda boleh hubungi pasukan sokongan bila-bila masa.
Masih beratur di JPJ atau pejabat pos? Jimatkan masa anda! Kini semuanya boleh diselesaikan sepenuhnya secara online, siap dalam kurang daripada 15 minit.
Tak perlu isi borang, tak perlu keluar rumah, tak perlu pening cari parking.
Renew melalui PolicyStreet dan cukai jalan digital anda akan terus muncul di aplikasi MyJPJ secara automatik. Kalau nak versi fizikal, boleh pilih untuk dihantar terus ke rumah. Senang, cepat dan selamat.
MyJPJ, aplikasi berdaftar kerajaan untuk pembaharuan cukai jalan.
Dah tukar alamat atau nombor telefon, tapi belum kemas kini di JPJ?
Ini boleh menyebabkan proses pembaharuan tergendala atau ditandakan untuk semakan manual.
Luangkan masa 5 minit untuk kemas kini maklumat anda melalui aplikasi MyJPJ sebelum musim pembaharuan. Ianya cepat, mudah dan tak perlu lagi ulang-alik ke JPJ!
Resit dan dokumen penting
Pernah cari resit atau nota perlindungan tapi tak jumpa sebab kertas dah pudar atau hilang?
Dengan pembaharuan secara online, semua rekod anda disimpan secara digital.
Di PolicyStreet, nota perlindungan akan dihantar melalui e-mel dalam masa satu hari bekerja selepas pembaharuan. Semua dokumen ini mudah diakses bila-bila masa, termasuk semasa kecemasan.
Ramai terlepas tarikh sebab bergantung pada e-mel lama atau ingatan semata-mata.
Nak senang, minta sebut harga lebih awal di PolicyStreet, walaupun cukai jalan anda belum tamat.
Pasukan PolicyStreet akan hubungi anda lebih awal, supaya anda sempat renew tepat pada masanya.
Tak pasti berapa jumlah yang perlu dibayar? Semak panduan harga cukai jalan di Malaysia kami supaya anda tak terkejut nanti.
Kadang-kadang pembayaran dah dibuat, tapi kita lupa nak semak sama ada transaksi berjaya atau tidak. Akhirnya baru sedar cukai jalan belum aktif.
Sentiasa semak status pembaharuan selepas buat bayaran, sama ada di PolicyStreet atau MyJPJ.
Langkah semakan pantas:
Semak e-mel pengesahan dari PolicyStreet
Log masuk ke MyJPJ untuk pastikan cukai jalan aktif
Pastikan tarikh luput insurans dan cukai jalan selaras
Bila semuanya disahkan, barulah anda boleh memandu di jalan raya dengan tenang.
Renew cukai jalan tak perlu lagi jadi beban. PolicyStreet akan bantu memudahkan proses hanya dari telefon anda.
Inilah yang menjadikannya berbeza:
Kesilapan kecil semasa renew cukai jalan biasa berlaku sebab hidup kita sibuk, dan itu normal.
Yang penting, anda tahu sekarang bahawa pembaharuan cukai jalan tak perlu lagi jadi stres, walaupun kali pertama anda buat.
PolicyStreet uruskan semuanya, dari urusan dokumen hingga peringatan, supaya anda boleh fokus pada perkara yang lebih penting: memandu dengan selamat dan tenang.
Sedia untuk renew cukai jalan anda secara online? Lawati PolicyStreet hari ini dan renew dalam beberapa minit. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel.