ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Bersiap Sedia Untuk Ramadan: 5 Cara Perlindungan Pakej Meringankan Beban Kewangan Anda
Tip & Trik | 03 May 2026

5 Cara Perlindungan Pakej Meringankan Beban Kewangan Anda 

Ramadhan adalah waktu untuk muhasabah, bermurah hati, dan kebersamaan. Daripada menyediakan makanan sahur dan iftar ke merancang perjalanan balik kampung serta membeli-belah persiapan Hari Raya, perbelanjaan boleh meningkat dengan cepat. 

Walaupun bermurah hati dan meraikan perayaan adalah sebahagian daripada kegembiraan, tekanan kewangan tidak sepatunya. Berita baiknya? Perancangan kewangan yang bijak, terutamanya melalui perlindungan pakej yang boleh membantu and kekal bersedia, dilindungi, dan tenang sepanjang bulan ramadhan dan selepas. 

Berikut adalah lima cara mudah perlindungan pakej dapat meringankan beban kewangan anda pada musim perayaan ini.

1. Satu Pelan, Pelbagai Perlindungan

Perbandingan pakej menggabungkan beberapa jenis perlindungan seperti insurance kereta, kemalangan diri, perlindungan rumah, atau perubatan dalam satu pelan. 

Daripada mengurus polisi berasingan, tarikh pembaharuan berbeza, dan bayaran yang pelbagai, semuanya disusun di satu tempat, maksudnya: 

  • Kurang kerja kertas

  • Pembaharuan lebih mudah 

  • Gambaran jelas tentang keseluruhan perlindungan anda 

Sepanjang bulan Ramadhan, apabila tumpuan anda sepatutnya pada keluarga dan ibadah, mempermudah  hal kewangan akan menghasilkan perbezaan yang nyata.

2. Nilai Lebih Baik Melalui Penjimatan Kos

Perlindungan insurans individu boleh menjadi mahal. Pelan perlindungan pakej bertujuan untuk memberikan nilai keseluruhan yang lebih berbaloi, sama ada melalui: 

  • Harga gabungan lebih rendah 

  • Manfaat tambahan tanpa kos tambahan 

  • Pulangan tunai atau ganjaran perayaan 


Malah, promosi bermusim boleh meningkatkan lagi penjimatan anda. Contohnya promosi 10+10 PolicyStreet membolehkan anda menikmati
diskaun 10% bagi pembaharuan insurans kereta serta rebat tambahan RM10 apabila anda memperbaharui antara 1 hingga 24 hari bulan pada jam 10-11AM atau 10-11PM. Apabila anda memperbaharui insurans kereta antara 6 hingga 28 Februari 2026, anda akan secara automatik layak menyertai Cabutan Bertuah Renew & Huat dan berpeluang memenangi wang tunai RM8,888.


Penjimatan kecil ini memberi kesan yang bermakna, terutamanya ketika merancang bajet untuk majlis berbuka puasa, zakat, dan persiapan Raya. 

Perlindungan bijak bukan sekadar tentang perlindingan. Ia juga mengenai memaksimumkan ringgit pada musim yang bermakna ini. 

3. Perlindungan Lebih Kukuh Ketika Musim Balik Kampung 

Ramadan dan musim Raya biasanya bermaksud lebih masa di jalan raya,, pemanduan lewat malam untuk membeli barang sahur, perjalanan balik kampung, dan menziarahi saudara-mara. 


Perlindungan pakej boleh memberi liputan keselamatan yang lebih luas, seperti: 

  •  Bantuan tepi jalan 

  • Manfaat kemalangan diri

  • Pelanjutan perlindungan untuk penumpang semasa perjalanan


Lapisan keselamatan perlindungan tambahan ini memastikan jika perkara yang tidak dijangka berlaku, kewangan anda tidak terjejas teruk. Ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting: sampai ke destinasi dengan selamat. 

Gambar AI: Keluarga menyambut Ramadan

4. Tuntutan Lebih Mudah, Kurang Tekanan 

Kejadian tidak dijangka sudah cukup menekan. Proses tuntutan uang rumit hanya memburukkan keadaan dengan menambahkan beban. 

Dengan perlindungan pakej: 

  • Tuntutan biasanya diselaraskan dengan satu penyedia insurans

  • Dokumentasi menjadi lebih ringkas dan cepat 

  • Bantuan insurance lebih mudah diakses apabila diperlukan 


Ini amat penting sepanjang Ramdan, ketika perhatian sepatutnya ditumpukan pada ibadah, keluarga, komuniti, bukan urusan pentadbiran. 

5. Ketenangan Fikiran untuk Ramadan yang Bermakna

Akhirnya, perlindungan adalah tentang ketenangan fikiran

Apabila anda tahu kereta, kesihatan, rumah, dan keselamatan diri dilindungi, anda boleh: 

  • Bersikap lebih bermurah hati 

  • Menziarahi keluarga dengan lebih yakin 

  • Meraikan perayaan dengan lebih bebas

  • Memberi lebih tumpuan kepada rohani tanpa kebimbangan kewangan 

Rasa tenang ini merupakan antara hadiah terbaik yang boleh anda berikan kepada diri sendiri dan keluarga pada bulan Ramadan ini. 

Bersedia dengan Bijak, Rai Lebih Tenang 

Ramadan meningatkan kita untuk lebih berhemah bukan sahaja dalam ibadah, tetap juga dalam menguruskan tanggunjawab termasuk kewangan. 

Dengan memilih perlindungan pakej, anda bukan sekadar menjimatkan wang, mala mewujudkan: 

  • Keselamatan 

  • Kestabilan 

  • Penjimatan 

  • Ketenangan fikiran ketika musim perayaan yang sibuk 

Ramadan mengajar kita untuk memperlahankan langkah, menilai perkara yang benar-benar penting, dan menjaga orang yang disayangi, termasuk melindungi masa depan mereka. Perancangan kewnagan yang bijak adalah sebahagian daripadanya, kerana Ramadan lebih indah dinikmati apabila hati tenang, keluarga selamat, dan masa depan terpelihara.  Sebelum renew, guna kalkulator insurans kereta dan cukai jalan kami untuk semak anggaran kos anda dalam beberapa minit.

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.