
Kereta elektrik (EV) semakin banyak dilihat di jalan raya Malaysia. Namun, EV yang diimport sepenuhnya kini mungkin tidak lagi semurah dahulu untuk dibeli.
Mulai Julai 2026, Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) memperkenalkan peraturan baharu untuk EV CBU. Peraturan ini menetapkan syarat yang lebih ketat bagi EV yang diimport ke Malaysia. Kesannya, harga banyak EV import baharu dijangka akan naik melebihi RM300,000.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli EV, penting untuk anda faham bagaimana peraturan baharu ini boleh mempengaruhi harga kereta, premium insurans, dan kos pemilikan dalam jangka panjang.
Dalam panduan ini, kami terangkan apa yang berubah dan sama ada EV CBU masih lagi berbaloi untuk dibeli di Malaysia.
Mulai Julai 2026, EV yang diimport sepenuhnya perlu memenuhi dua syarat baharu sebelum boleh memasuki pasaran Malaysia.
Syarat minimum yang ditetapkan MITI:
Nilai minimum Cost, Insurance, and Freight (CIF): RM200,000
Kuasa motor minimum: 180 kW
Tarikh berkuat kuasa: 1 Julai 2026
Syarat ini terpakai kepada model EV baharu yang dipasang sepenuhnya di luar negara dan diimport terus ke Malaysia. EV yang tidak memenuhi kedua-dua syarat ini tidak lagi boleh diimport ke pasaran Malaysia.
Dasar baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mengukuhkan industri automotif tempatan. Antara matlamat utamanya ialah:
Menggalakkan lebih banyak pengeluar kereta memasang EV di Malaysia.
Menyokong ekosistem pembuatan EV tempatan.
Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pelaburan.
Memberikan lebih banyak pilihan EV yang dipasang secara tempatan kepada pengguna.
Kesan daripada penguatkuasaan peraturan ini, pengguna boleh menjangkakan lebih banyak EV CKD akan diperkenalkan di Malaysia dalam beberapa tahun akan datang.
Adakah semakin ramai pemandu di Malaysia pilih untuk beli EV lepas harga minyak naik? Dapatkan jawapan anda di sini.
Peraturan baharu ini sebenarnya tidak menaikkan harga kereta secara terus. Sebaliknya, ia mengehadkan jenis EV yang boleh diimport ke Malaysia.
Sebelum ini, pengeluar kereta boleh membawa masuk lebih banyak model dalam pelbagai julat harga. Dengan adanya syarat nilai minimum CIF sebanyak RM200,000, banyak EV import yang lebih murah tidak lagi layak dibawa masuk ke dalam pasaran tempatan.
Ini bermakna kebanyakan EV CBU baharu yang dijual di Malaysia selepas ini akan berada dalam kategori premium. Apabila cukai, kos logistik, margin pengedar, dan caj lain ditambah, harga EV boleh melebihi RM300,000.
CIF bermaksud Cost, Insurance, and Freight. Secara ringkasnya, CIF adalah kos untuk membawa masuk kenderaan ke Malaysia sebelum cukai tempatan dan kos pengedar ditambah.
Biasanya, semakin tinggi nilai CIF, semakin tinggi harga jualan kerana duti import, cukai, dan caj lain dikira berdasarkan nilai tersebut. Jadi, kenaikan harga ini lebih berkait dengan syarat import baharu, bukannya disebabkan pengedar EV menaikkan harga sesuka hati.
Kesan peraturan baharu MITI bergantung sama ada EV tersebut diimport sepenuhnya atau dipasang secara tempatan.
Jenama EV yang bergantung kepada unit CBU dijangka akan lebih terkesan, terutamanya model yang sebelum ini ditawarkan pada harga mampu milik.
Namun, EV CBU yang sudah mendapat kelulusan untuk dijual, berada di pelabuhan tempatan, atau sedang dalam perjalanan sebelum 1 Julai 2026 adalah dikecualikan daripada peraturan baharu ini. Model-model tersebut masih boleh dijual pada harga lama sehingga stok habis.
Banyak EV CBU mungkin terjejas jika tidak memenuhi syarat nilai minimum CIF dan kuasa motor. Contohnya, model EV dengan harga jualan atau kuasa motor yang lebih rendah tidak lagi layak diimport di bawah peraturan baharu ini.
EV import premium pula dijangka kurang terjejas kerana kebanyakannya sudah memenuhi syarat dari segi harga dan prestasi. Namun, pembeli mungkin akan mempunyai pilihan EV CBU mampu milik yang lebih sedikit mulai Julai 2026.
EV yang dipasang secara tempatan, atau EV CKD, dijangka menjadi pilihan yang lebih menarik untuk ramai rakyat Malaysia.
EV CKD dipasang di Malaysia. Ini membantu pengeluar mengurangkan kos import dan menawarkan harga yang lebih kompetitif. Antara kelebihan EV CKD adalah:
Harga belian lebih rendah berbanding model import yang setara.
Kos pemilikan lebih berpatutan.
Alat ganti dan servis lebih mudah didapati.
Berpotensi mendapat manfaat daripada insentif tempatan.
Bagi ramai pembeli, EV CKD boleh memberikan nilai yang lebih baik tanpa perlu mengorbankan kelebihan memiliki EV.
Pilihan terbaik antara EV CBU dan CKD sebenarnya bergantung pada bajet anda, cara anda menggunakan kereta, dan berapa lama anda bercadang untuk memilik kereta tersebut.
EV CBU masih boleh menjadi pilihan yang baik jika anda mengutamakan ciri premium dan pengalaman pemanduan. Antara kelebihannya termasuk:
Ciri premium: Spesifikasi lebih tinggi, teknologi lebih canggih, dan bahagian dalaman yang lebih premium.
Spesifikasi lebih baik: Prestasi lebih tinggi, jarak pemanduan lebih jauh, dan ciri keselamatan tambahan.
Identiti eksklusif jenama: Memberikan pengalaman pemilikan yang lebih unik.
Namun, harga belian yang lebih tinggi bermakna kos pemilikan juga boleh menjadi lebih tinggi. Ini termasuk kos penyelenggaraan, insurans, dan pembaikan.
Bagi kebanyakan pembeli di Malaysia, EV CKD mungkin menawarkan nilai yang lebih berbaloi, misalnya:
Harga belian lebih rendah: Lebih berpatutan kerana tidak diimport sepenuhnya.
Lebih berbaloi: Bayaran muka lebih rendah tetapi masih menikmati kelebihan EV.
Lebih banyak insentif: Lebih berpotensi mendapat manfaat daripada dasar pembangunan EV tempatan.
Kos pemilikan lebih rendah: Membantu mengurangkan perbelanjaan seperti premium insurans EV.
Sebelum anda buat keputusan untuk membeli EV, jangan hanya sekadar lihat harga kereta. Kos insurans, waranti bateri, penyelenggaraan, kemudahan mengecas, dan nilai jualan semula juga perlu diambil kira.
Harga EV merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi premium insurans kereta.
Secara amnya, kereta yang lebih mahal mempunyai nilai perlindungan yang lebih tinggi. Ini bermakna kos untuk membaiki atau menggantikan kereta juga akan jadi lebih tinggi. Akibatnya, premium insurans boleh menjadi lebih mahal.
Bagi pemilik EV, perkara ini amat penting dan memerlukan perhatian lebih, kerana kos pembaikan EV boleh menjadi lebih tinggi berbanding kereta petrol biasa.
Nak tahu beza insurans EV dengan insurans kereta petrol? Baca panduan lengkap kami tentang insurans kereta EV di Malaysia.
Walaupun peraturan baharu MITI boleh menyebabkan banyak EV import menjadi lebih mahal, masih ada beberapa cara untuk mengurangkan kos pemilikan.
Tidak semua syarikat insurans menawarkan premium yang sama untuk EV yang sama.
Sebelum buat pembaharuan, bandingkan dahulu beberapa sebut harga. Ini boleh membantu anda mendapatkan perlindungan yang sesuai pada harga yang lebih kompetitif.
Langkah ini juga merupakan cara paling mudah untuk berjimat tanpa mengurangkan perlindungan insurans anda.
NCD ialah ganjaran untuk pemandu yang tidak membuat tuntutan.
Bagi kereta persendirian di Malaysia, NCD boleh mencecah sehingga 55% selepas memandu selama lima tahun berturut-turut tanpa tuntutan. Semakin tinggi NCD anda, semakin rendah premium insurans yang perlu dibayar.
Ketahui lebih lanjut tentang NCD.
Jika anda perbaharui insurans kereta melalui PolicyStreet, anda juga boleh menikmati penjimatan tambahan melalui program keahlian Drive+.
Bergantung pada tingkat keahlian anda, antara manfaat yang ditawarkan termasuk:
Diskaun cukai jalan sehingga RM120 apabila anda perbaharui insurans kereta dan cukai jalan bersama.
Ganjaran dan baucar tunai eksklusif untuk ahli.
Penjimatan tambahan untuk servis dan penyelenggaraan kereta.
Tahukah anda perbezaan kos pemilikan antara kereta petrol, hibrid, dan elektrik? Terokai analisis penuh kos pemilikan kenderaan di Malaysia.
Sama ada anda memiliki EV CBU premium atau EV CKD yang dipasang secara tempatan, perbandingan sebut harga insurans boleh membantu anda elak daripada membayar lebih daripada sepatutnya semasa membuat pembaharuan.
Dengan PolicyStreet, anda boleh bandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans dalam masa beberapa minit sahaja. Anda juga boleh perbaharui insurans kereta dan cukai jalan secara dalam talian dalam satu tempat.
Selain itu, anda boleh menikmati penjimatan tambahan dan ganjaran eksklusif melalui program keahlian Drive+.
Dapatkan sebut harga insurans kereta anda hari ini dan lihat berapa banyak yang anda boleh jimat dengan PolicyStreet.
Peraturan baharu MITI untuk EV CBU menjadikan EV import yang lebih mampu milik semakin sukar ditemui. Mulai Julai 2026, kebanyakan EV CBU baharu yang memasuki Malaysia dijangka merangkumi model premium dengan harga yang lebih tinggi.
Tapi ini tidak bermakna EV tidak lagi berbaloi untuk dimiliki.
Jika anda mengutamakan ciri premium dan prestasi kereta, EV CBU masih boleh menjadi pilihan yang baik. Tetapi, jika bajet adalah keutamaan anda, EV CKD mungkin menawarkan nilai yang lebih baik dengan kos pemilikan yang lebih rendah.
Sebelum membuat keputusan, lihat dahulu jumlah kos pemilikan, bukan harga kereta sahaja. Ambil kira harga belian, insurans, cukai jalan, penyelenggaraan, dan kos penggunaan dalam jangka panjang.
Apabila tiba masa untuk pembaharuan, bandingkan sebut harga insurans kereta dengan PolicyStreet untuk mendapatkan perlindungan yang sesuai pada harga yang kompetitif. Anda juga boleh perbaharui cukai jalan di tempat yang sama dan nikmati penjimatan tambahan melalui keahlian Drive+.
Mulai Julai 2026, EV yang diimport sepenuhnya perlu mempunyai nilai Cost, Insurance, and Freight (CIF) minimum sebanyak RM200,000 dan kuasa motor minimum 180 kW sebelum boleh diimport ke Malaysia.
Peraturan baharu ini lebih banyak memberi kesan kepada EV CBU yang tidak memenuhi syarat import baharu MITI. EV CKD yang dipasang secara tempatan secara amnya kurang terjejas.
Ya. Oleh sebab hanya EV CBU dengan nilai CIF yang lebih tinggi layak diimport di bawah syarat baharu MITI, kebanyakan EV import baharu dijangka akan berharga lebih daripada RM300,000.
Ya bagi kebanyakan pembeli. EV CKD secara amnya lebih mampu milik dan menawarkan kos pemilikan yang lebih rendah, sambil memberikan banyak kelebihan yang sama seperti EV.
Secara amnya, ya. Premium insurans EV selalunya lebih tinggi kerana kos pembaikan, bateri, bengkel khusus, dan alat ganti yang diimport boleh menjadi lebih mahal.
Anda boleh berjimat dengan membandingkan sebut harga daripada beberapa syarikat insurans sebelum buat pembaharuan, mengekalkan NCD, dan memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Jika anda perbaharui dengan PolicyStreet, anda juga boleh menikmati penjimatan tambahan dan manfaat keahlian Drive+.
Ya. DenganPolicyStreet, anda boleh bandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans, buat pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan dalam satu tempat secara atas talian.
Syarat import baharu MITI mengehadkan jenis EV yang boleh dibawa masuk ke Malaysia sebagai model CBU. Kesannya, kebanyakan EV import yang layak adalah model premium dengan harga jualan yang lebih tinggi.