ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Mengapa Kenderaan Elektrik (EV) Lebih Mahal untuk Diinsuranskan di Malaysia?
Tip & Trik | 01 Oct 2026

Mengapa Kenderaan Elektrik (EV) Lebih Mahal untuk Diinsuranskan di Malaysia?

Ringkasan: EV lebih mahal untuk diinsuranskan di Malaysia disebabkan oleh kos komponen utama seperti bateri, kos pembaikan EV, dan teknologi ADAS yang canggih. Namun, pemilik EV boleh mengimbangkan kos ini dengan keahlian Drive+ dan kempen Save Kaw Kaw semasa di PolicyStreet.

Trend beralih ke kenderaan elektrik (EV) di Malaysia semakin rancak. Dengan kemunculan jenama seperti Tesla, BYD, dan GWM di jalan raya kita, ramai yang mula terpikat dengan teknologi senyap dan mesra alam ini. 

Namun, ada satu perkara yang sering membuatkan bakal pemilik EV "terkena renjatan" kecil, iaitu harga insurans EV yang lebih tinggi berbanding kereta petrol biasa.

Mengapa perkara ini berlaku, dan apakah cara untuk anda berjimat? Sebagai rakan yang Super Helpful dan Super Reliable, PolicyStreet sedia merungkai rahsia di sebalik premium EV ini.

Charging an Electric Car with a Close Up View


Faktor Utama Kos Insurans Kereta Elektrik Malaysia Tinggi

Walaupun anda menjimatkan wang daripada mengisi petrol, syarikat insurans melihat EV dari sudut risiko yang berbeza. Berikut adalah punca utama mengapa premium anda sedikit "keras".

1. Kos Komponen Terutama Perlindungan Bateri EV

Bateri adalah jantung kepada sesebuah EV dan merupakan komponen paling mahal. Jika berlaku kemalangan yang menjejaskan pek bateri, kos penggantiannya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Oleh itu, perlindungan bateri EV menjadi elemen kritikal yang meningkatkan nilai sum insured (jumlah diinsuranskan) kenderaan tersebut.

2. Kos Pembaikan EV

Punca utam kos pembaikan EV begitu mahal ialah nilai kepakaran dan alat ganti. Kereta elektrik memerlukan mekanik pakar yang dilatih khas untuk mengendalikan sistem voltan tinggi. Selain itu, alat ganti untuk model-model baru biasanya perlu diimport terus, yang melibatkan kos logistik dan cukai yang lebih tinggi.

3. Teknologi ADAS yang Canggih

Kebanyakan EV dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang canggih seperti sensor dan kamera di sekeliling badan kereta. Jika berlaku pelanggaran kecil sekalipun, kos untuk menukar dan menentukur (calibrate) semula sensor-sensor ini jauh lebih mahal berbanding bumper kereta biasa.


Cara Bijak Jimat Insurans EV dengan Drive+ Membership

Walaupun premium asas mungkin tinggi, anda tidak perlu pening kepala. PolicyStreet membantu anda menguruskan kos pemilikan kereta dengan lebih efisien melalui program Drive+.

Drive+ adalah program kesetiaan yang direka untuk membantu rakyat Malaysia berjimat setiap kali memperbaharui insurans dan road tax secara online.

Nikmati Diskaun Road Tax

Melalui Drive+, anda boleh memilih tier yang sesuai dengan bajet anda untuk mendapatkan road tax discount setiap tahun:

  • Lite (RM49.90): Diskaun road tax sehingga RM50.

  • Standard: Diskaun road tax sehingga RM90.

  • Premium: Diskaun road tax sehingga RM120.

Setiap ahli Drive+ akan menerima baucar penggantian bateri bernilai RM40. Walaupun bateri utama EV tahan lama, bateri 12V (auxiliary) anda masih perlu dijaga. Anda juga akan mendapat sokongan keutamaan (Priority Assistance) untuk memudahkan urusan pembaharuan insurans anda.

Selain Drive+, semak juga kempen Save Kaw Kaw yang sedang berjalan — pilihan baik untuk tambah jimat semasa membeli atau memperbaharui insurans kereta EV anda.

Semak Harga Insurans EV Anda & Sertai Drive+ Sekarang.


Kesimpulan: Adakah EV Masih Berbaloi?

Ya, sudah tentu. Walaupun insurans kereta elektrik Malaysia mungkin lebih tinggi pada awalnya, penjimatan jangka panjang daripada kos penyelenggaraan dan bahan api tetap memberikan kelebihan. Dengan platform seperti PolicyStreet, anda boleh membandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans untuk mendapatkan harga yang paling kompetitif.

Bandingkan premiums insurans kereta EV anda dengan PolicyStreet sekarang.


Soalan Lazim

1. Adakah insurans kereta EV melindungi kerosakan akibat kilat?

Tidak secara automatik. Di Malaysia, perlindungan bagi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut dan kilat biasanya disediakan melalui add-on Special Perils yang ditawarkan oleh syarikat insurans. Sila semak dengan syarikat insurans anda sebelum membuat pembelian.

2. Bagaimana cara saya boleh mendapatkan insurans kereta EV yang paling murah?

Cara terbaik adalah dengan membuat perbandingan di PolicyStreet. Anda boleh melihat sebut harga daripada pelbagai penyedia dalam masa seminit dan memilih pelan yang menawarkan nilai terbaik untuk wang anda.

3. Adakah pengecas EV (wallbox) di rumah termasuk dalam perlindungan insurans?

Sesetengah syarikat insurans menawarkan add-on khusus untuk melindungi pengecas rumah anda daripada kecurian atau kerosakan. Anda boleh bertanya kepada pasukan sokongan kami melalui WhatsApp untuk maklumat lanjut.

4. Bolehkah saya gunakan NCD kereta lama untuk kereta EV baru?

Boleh. NCD anda adalah milik anda sebagai pemegang polisi, bukan milik kereta tersebut. Jika anda menjual kereta petrol lama dan membeli EV, anda boleh memindahkan NCD tersebut (sehingga 55%) untuk memotong harga premium insurans EV anda. Namun, NCD tidak boleh dipindahkan kepada nama orang lain.

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Sosial
tiktokinstagramfacebookxlinkedin
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.