ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Insurans Kereta Balik Kampung: Semak Sebelum Raya
Tip & Trik | 18 Mar 2026

Insurans Kereta Balik Kampung: Semak Sebelum Raya

Balik kampung Raya selalunya bermaksud perjalanan jauh di lebuh raya yang sesak, bersama seluruh keluarga dalam satu kereta. Persediaan pun banyak, servis kereta, periksa tayar, susun barang dalam bonet.

Namun, satu perkara sering terlepas pandang iaitu semakan insurans kereta balik kampung. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan perlindungan anda masih sesuai dan mencukupi. 

Raya Datang Bersama Peningkatan Risiko Jalan Raya

Kereta merah selepas kemalangan

Musim Raya selalunya menyaksikan jumlah kenderaan meningkat dengan ketara di lebuh raya dan jalan utama. Perjalanan jauh, waktu pemanduan yang panjang dan keadaan trafik yang tidak menentu boleh menambah risiko di jalan raya.

Dalam keadaan sesak atau hujan lebat secara tiba-tiba, kemungkinan kemalangan kecil atau kerosakan kenderaan menjadi lebih tinggi. Sebab itu, musim perayaan memerlukan persediaan yang lebih teliti, bukan sahaja pada kenderaan, tetapi juga pada perlindungan insurans anda.

Ketahui langkah penting untuk renew insurans kereta sebelum raya last minute supaya perjalanan balik kampung anda lebih terjamin dan tenang.

Checklist Insurans Sebelum Pulang Beraya

Wanita tengan buat checklist

Sebelum memulakan perjalanan jauh sempena Raya, luangkan sedikit masa untuk semak beberapa perkara penting dalam polisi cukai jalan dan insurans kereta anda. 

Antara perkara yang perlu disemak sebelum balik kampung:

  1. Perlindungan Special Perils

Pastikan polisi anda melindungi risiko banjir, ribut atau pokok tumbang, terutamanya jika perjalanan melalui kawasan berisiko hujan lebat.

  1. Perlindungan Cermin Hadapan

Semak sama ada cermin hadapan dilindungi, termasuk had perlindungan dan jumlah excess yang mungkin dikenakan. Kos penggantian cermin berbeza mengikut model kenderaan serta kehadiran sensor atau kamera. 

Untuk anggaran harga semasa, anda boleh rujuk penyedia seperti Windscreen2U atau bengkel cermin kenderaan yang memaparkan senarai harga mengikut model sebelum membuat keputusan menambah perlindungan.

  1. Had Towing dan Bantuan Tepi Jalan

Periksa jarak kilometer yang dilindungi untuk towing, terutama jika anda merentas negeri.

  1. Kelayakan Pemandu

Pastikan semua yang memandu termasuk di dalam perlindungan polisi, bagi mengelakkan isu ketika membuat tuntutan.

  1. Tarikh Tamat Polisi

Semak tarikh luput insurans supaya tidak memandu dalam keadaan polisi sudah tamat tempoh. Jika ragu, hubungi khidmat pelanggan insurer anda atau semak dokumen polisi/cover note sebelum bergerak.

Semakan ringkas ini boleh membantu anda bergerak pulang dengan lebih yakin dan tenang.

Semak perkara penting tentang insurans kereta sebelum Raya supaya perjalanan balik kampung lebih terjamin dan lancar. Banding dan Perbaharui Dengan Mudah di PolicyStreet.

Banding sebelum memperbarui kereta insurans anda dalam waktu Ramadan

Sebelum bergerak balik kampung, ambil sedikit masa untuk banding dan perbaharui insurans kereta anda dengan lebih mudah. 

Anda boleh lihat beberapa pilihan syarikat insurans melalui PolicyStreet dalam satu tempat untuk renew insurans kereta online tanpa perlu hubungi ejen berasingan.

Jika mahu tambah perlindungan seperti Special Perils atau cermin hadapan, semuanya boleh dipilih semasa proses renew. 

Harga dipaparkan dengan jelas dan anda juga boleh pilih cara bayaran yang lebih fleksibel. E-polisi biasanya diterima selepas pembayaran disahkan.

Langkah ini ringkas, tetapi membantu anda memulakan perjalanan Raya dengan lebih yakin dan tenang.

Untuk persediaan kewangan yang lebih teratur sepanjang musim perayaan, lihat langkah penting dalam bersiap sedia untuk Ramadan agar perancangan anda lebih terurus.

Selesaikan Insurans Sebelum Pulang Beraya

Raya sepatutnya bermula dengan rasa teruja, tanpa keraguan tentang perlindungan kenderaan. Beberapa minit untuk semak dan perbaharui polisi boleh membuat perbezaan besar sepanjang perjalanan balik kampung.

Ambil langkah sekarang untuk banding pilihan insurans, tambah perlindungan yang sesuai dan pastikan semuanya lengkap sebelum hari bertolak. Jangan tunggu saat akhir sehingga pilihan menjadi terhad atau tergesa-gesa.

Hubungi PolicyStreet melalui WhatsApp untuk semakan pantas, atau hantarkan emel bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Selesaikan insurans lebih awal dan nikmati perjalanan Raya dengan keyakinan penuh.

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.