

Musim perayaan adalah tentang makan besar bersama keluarga, angpau, keberkatan, dan sedikit drama keluarga yang tidak dijangka, terutamanya dalam kumpulan WhatsApp keluarga.
Setiap tahun, pasti ada seseorang yang menjadi topik perbualan; sepupu yang berbelanja berlebihan, pakcik yang terlibat dalam kemalangan, atau saudara yang tiba-tiba sedar insurans kereta mereka sudah tamat tempoh pada saat yang terakhir.
Kali ini, anda tentu tidak mahu menjadi orang yang “viral” dalam kumpulan WhatsApp keluarga atas sebab yang salah.
Antara angpau, pakaian baharu, tol, minyak kereta, dan membeli-belah pada saat terakhir, perbelanjaan perayaan boleh meningkat dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan (boleh menjadi agak mahal).
Sebelum sambutan pun berakhir, ramai akan bertanya-tanay: “Ke mana perginya gaji saya?” Sebahagian daripada kegembiraan Tahun Baharu Cina adalah berbelanja dengan murah hati. Namun, meraikan dengan bijak bermaksud merancang lebih awal dan menetapkan bajet untuk mengelakkan tekanan selepas perayaan.
Kita semua pasti tahu, tiada yang lebih cepat tersebar dalam kumpulan WhatsApp keluarga daripada: “Wah, tahun ini belanja banyak ya?”
Satu kejadian kecial di jalan raya boleh menjadi topik paling hangat semasa makan besar bersama keluarga. Bukan kerana keluarga mahu menilai, tetapi kerana keselamatan adalah yang paling penting.
Sebab itulah perkara mudah seperti:
Memastikan insurans kereta masih aktif
Memastikan nombor kecemasan sedia ada
Tindakan ringkas ini boleh menyelamatkan anda daripada mengubah kesulitan kecil menjadi lebih besar. Lebih penting lagi, ia mengelakkan anda daripada menjadi bahan gurauan keluarga.
Hakikatnya, Tahun Baharu Cina bukan tentang perbelanjaan yang paling banyak atau menunjuk paling hebat. Ia tentang meraikan perayaan dengan ketenangan fikiran.
Apabila perkara asas seperti bajet, rancangan perayaan, dan perlindungan kereta sudah teratur, barulah anda benar-benar bebas untuk menikmati apa yang paling bermakna:
Ketawa mengimbau kenangan lucu
Menonton persembahan tarian singa
Memberi (atau menerima) angpau dengan hati yang gembira
Inilah detik-detik “viral” yang patut dikongsi bersama keluarga.
Tahun Baharu Cina ini, jangan biarkan perkara kecil rampas tumpuan daripada kegembiraan sambutan anda. Sedikit perancangan, persediaan awal, dan perlindungan kereta yang tepat mampu memberikan perayaan yang lebih lancar dan bermakna.
Jadi, apabila anda menjadi “viral” dalam kumpulan WhatsApp keluarga, biarlah kerana pakaian yang paling bergaya, ketawa yang paling kuat, dan kenangan yang paling bahagia.
Untuk membantu anda menjadi “viral” dengan cara terbaik dalam kumpulan WhatsApp keluarga, PolicyStreet mengadakan promosi eksklusif Tahun Baharu Cina khas untuk anda.
Perbaharui insurans kereta anda antara 6 hingga 28 Februari 2026 untuk peluang memenangi wang tunai RM8,888. Setelah pembaruan selesai, anda akan dimasukkan secara ke dalam cabutan bertuah ini.
Gabungkan dengan promo 10+10 kami untuk menikmati diskaun 10% (selepas NCD) serta rebat tambahan RM10 bagi pembaharuan insurance kereta antara 1 hingga 24 hari bulan.
Ini bermakna anda kekal dilindungi di jalan raya sambil menyimpan duit angpau tepat di tempatnya: dalam dompet anda. Sebelum renew, guna kalkulator insurans kereta dan cukai jalan kami untuk semak anggaran kos anda dalam beberapa minit.