
Pernah tengok kereta yang cuma calar atau kemek sikit pada bampar, tapi bil repairnya tinggi? Bukan anda seorang sahaja yang terkejut. Ramai pemilik kenderaan di Malaysia kini mendapati kos membaiki kereta semakin mahal, walaupun kerosakan nampak kecil pada pandangan mata.
Sebelum perbaharui insurans kereta anda, elok fahami dahulu kenapa teknologi dalam kereta hari ini boleh naikkan kos pembaikan dengan ketara jika anda tak ada perlindungan yang sesuai.

Dulu, bampar hanya komponen plastik/besi yang serap hentakan ringan. Hari ini, ia turut menempatkan pelbagai teknologi keselamatan.
Di sebalik bampar ada macam-macam sensor yang menyokong Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) — sensor parkir, radar Adaptive Cruise Control, kamera keselamatan. Hentaman kecil pun boleh rosakkan sensor atau klip pemegangnya, dan ia perlu diganti.
Lepas komponen diganti, kerja belum habis — bengkel perlu buat kalibrasi semula guna peralatan dan perisian khas, supaya sistem seperti Automatic Emergency Braking (AEB) berfungsi dengan tepat. Kamera/sensor perlu dikalibrasi semula lepas penggantian cermin hadapan atau bampar, dan kos kalibrasi ini sendiri boleh jadi besar berbanding kos repair biasa.
Kebanyakan kereta moden guna lampu LED atau Matrix LED yang dibina sebagai satu unit lengkap. Kalau unit ini retak atau rosak, selalunya keseluruhan unit kena ganti — bukan sekadar mentol — dan kos penggantiannya boleh mencecah ribuan ringgit bergantung model kenderaan.
Bila kos alat ganti dan repair makin naik, pilih insurans paling murah bukan selalunya pilihan terbaik. Lebih baik cari pelan yang bagi perlindungan menyeluruh, proses tuntutan yang mudah, dan manfaat tambahan yang memang berbaloi.
PolicyStreet ada kempen Save Kaw Kaw, di mana anda boleh nikmati diskaun serta baucar tunai bila perbaharui insurans kereta melalui platform PolicyStreet. Jumlah diskaun dan baucar bergantung pada tier yang anda layak — semak terma & syarat terkini untuk details penuh sebelum buat keputusan.
Semak rangkaian bengkel panel — pastikan syarikat insurans anda ada bengkel panel yang berpengalaman kendalikan kenderaan ADAS.
Tambah perlindungan cermin hadapan (windscreen coverage) — banyak sensor/kamera dipasang pada cermin hadapan. Dengan perlindungan ni, anda elak kos penggantian tinggi kalau cermin rosak.
Bandingkan pelan secara telus — jangan tengok harga premium sahaja. Luangkan masa bandingkan manfaat, perlindungan tambahan dan syarat polisi supaya anda betul-betul faham apa yang dilindungi.
Semakin canggih kereta, semakin tinggi kos untuk baiki dan kekalkan teknologinya. Perlindungan insurans yang tepat bukan lagi pilihan — ia satu keperluan. Pastikan anda pilih pelan yang lindungi kenderaan dan kewangan anda daripada kos pembaikan yang tak dijangka.
Bandingkan dan perbaharui insurans kereta anda di PolicyStreet.
Anda boleh bandingkan sebut harga daripada pelbagai penyedia insurans, pilih perlindungan yang sesuai, dan perbaharui polisi bila-bila masa. Polisi biasanya aktif dalam 1 hari perniagaan selepas bayaran (jika dibuat dalam waktu bekerja dan tiada kelulusan tambahan diperlukan daripada insurer). Anda juga boleh perbaharui cukai jalan pada masa yang sama.
Ya. Banyak kereta moden letak kamera/sensor pada cermin hadapan, jadi kos pembaikan boleh tinggi kalau cermin retak tanpa perlindungan ini. Sila semak dengan insurer pilihan anda untuk had perlindungan sebenar.
Selain bandingkan harga premium, semak manfaat perlindungan, pilihan bengkel panel yang biasa kendalikan ADAS, perlindungan tambahan macam cermin hadapan, dan kemudahan proses tuntutan.
Ia perlukan peralatan dan perisian khas, serta kepakaran teknisyen terlatih. Proses ini memastikan sistem keselamatan seperti AEB dan kamera berfungsi tepat selepas repair. Kalau tak dikalibrasi, sistem boleh gagal berfungsi walaupun nampak elok di luar.
Tidak semua. Ia bergantung pada model dan varian kereta. Semak spesifikasi kereta anda atau tanya dealer untuk pastikan sama ada kenderaan anda dilengkapi ADAS.
Save Kaw Kaw adalah kempen diskaun dan baucar tunai untuk pembelian/pembaharuan insurans kereta melalui PolicyStreet. Details terkini (tempoh, jumlah diskaun) tertakluk kepada terma & syarat semasa.