ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Mengapa Sesetengah Kereta Sukar Dijual di Pasaran Kereta Terpakai Malaysia
Panduan | 19 Mar 2026

Mengapa Sesetengah Kereta Sukar Dijual di pasaran Kereta Terpakai Malaysia 

Apabila membeli kereta, ramai pemandu memberi tumpuan kepada harga, reka bentuk atau prestasi kereta. Namun salah satu kos pemilikan yang sering tidak disedari ialah susut nilai (depreciation), iaitu penurunan nilai kereta dari semasa ke semasa. 

Sesetengah kereta mampu mengekalkan nilai dengan baik, manakala yang lain kehilangan sebahagian besar nilai dalam beberapa tahun. Dengan memahami sebab kereta susut nilai dengan cepat, pembeli dan pemilik kereta boleh membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. 

Dalam pasaran kereta terpakai Malaysia, faktor seperti reputasi, jenama, kos penyelenggaraan, penggunaan bahan api, dan kos pemilikan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada kereta tersebut mudah dijual atau tidak. 

Cara Mengurus Kos Kereta 

Walaupun susut nilai tidak boleh dielakkan sepenuhnya, pemilik kereta masih boleh mengurus kos pemilikan dengan lebih bijak. 

Salah satu langkah mudah ialah menyemak semula perlindungan insurans semasa pembaharuan. 

PolicyStreet kini mengadakan promosi 10+10 yang membolehkan pemandu menikmati diskaun 10% untuk premium insurans kereta (selepas NCD) serta RM10 diskaun tambahan semasa pembayaran apabila memperbaharui antara jam 10-11 pagi atau 10-11 malam, dari 1 hingga 24 hari bulan

Menjadualkan pembaharuan pada waktu ini boleh membantu mengurangkan kos perlindungan kenderaan. 

Reputasi Jenama dan Permintaan Pasaran

Salah satu faktor utama yang mempengaruhi nilai jual semula kereta ialah reputasi jenama. 

Jenama yang terkenal dengan kebolehpercayaan, kos penyelenggaraan rendah dan alat ganti yang mudah didapati biasanya mengekalkan nilai jual semula yang lebih tinggi. Model yang berjenama popular juga mendapat permintaan yang lebih tinggi dalam pasaran kereta terpakai. 

Sebaliknya, kereta daripada jenama yang kurang popular atau mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi mungkin kehilangan nilai dengan lebih cepat kerana kurang permintaan daripada pembeli. 

Kebolehpercayaan dan Kos Penyelenggaraan 

Kebolehpercayaan kenderaan memainkan peranan besar dalam menentukan nilai jual semula. 

Kereta yang terkenal dengan: 

  • Enjin yang tahan lama

  • Alat ganti yang berpatutan 

  • Kos servis yang rendah 

Biasanya lebih menarik kepada pembeli kereta terpakai. 

Namu, jika sesuatu model mempunyai reputasi sering rosak atau memerlukan pembaikan yang mahal, nilai ual semula kereta tersebut boleh menurun dengan lebih cepat. 

Aerial View of Parking Lot

Kos Insurans dan Cukai Jalan 

Kos pemilikan kereta juga mempengaruhi keputusan pembeli dalam pasaran kereta terpakai. Perkara seperti premium insurans kereta dan cukai jalan sering diambil kira oleh pembeli yang ingin mengurus perbelanjaan jangka panjang. 

Sebagai contoh, kereta dengan pepasiti enjin yang besar biasanya mempunyai cukai jalan yang lebih tinggi. Begitu dengan model yang mempunyai premium insurans yang mahal. Faktor ini boleh menyebabkan kereta tersebut kurang menarik perhatian pembeli. 

Walaupun pemilik asal mungkin menikmati penjimatan melalui No Claim Discount (NCD), pembeli kereta terpakai masih akan mempertimbangkan kos insurans dan cukai jalan apabila membuat keputusan pembelian. 

Populariti Model Kereta 

Trend pasaran juga memainkan peranan dalam menentukan kadar susut nilai. 

Kenderaan yang digunakan secara meluas seperti sedan kompak atau SUV kecil biasanya mempunyai permintaan yang lebih tinggi dalam pasaran kereta terpakai. 

Sebaliknya, model yang lebih niche atau kurang popular mungkin mengalami susut nilai yang lebih cepat kerana bilangan pembeli yang berminat adalah lebih kurang. 

Apa Itu Drive+ dan Mengapa Ia Penting 

Drive+ ialah program keahlian kereta oleh PolicyStreet yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan kos serta memudahkan proses memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan secara online. 

Apabila memperbaharui insurans kereta melalui PolicyStreet, anda boleh memilih daripada tiga keahlian Drive+ bermula daripada RM39.90, bergantung kepada tahap penjimatan yang diinginkan.
Setiap tahap keahlian menawarkan diskaun cukai jalan setiap tahun: 

  • Drive+ Lite: Diskaun sehingga RM50

  • Drive+ Standard: Diskaun sehingga RM90

Drive+ Premium: Diskaun sehingga RM120
Tahap keahlian yang lebih tinggi menawarkan penjimatan yang lebih besar, terutamanya bagi kereta dengan kadar cukai jalan yang tinggi.

Selain diskaun cukai jalan, ahli Drive+ juga menikmati:

  • Diskaun pembaharuan insurans kereta apabila menggunakan Atome atau EPP

  • Pengecualian yuran pemprosesan cukai jalan

  • Baucar dan manfaat eksklusif untuk ahli

Manfaat ini membantu pemilik kereta mengurangkan kos awal, mengelakkan caj tambahan serta mengurus perbelanjaan pemilikan kereta dengan lebih baik.

Manfaat Tambahan Drive+: Baucar Bateriku

Selain penjimatan utama, Drive+ juga menawarkan manfaat praktikal untuk kegunaan harian pemilik kereta.

Salah satu manfaat menarik ialah baucar RM40 Bateriku yang diberikan setiap kali memperbaharui keahlian Drive+.

Baucar ini boleh digunakan untuk penggantian bateri melalui Bateriku, perkhidmatan bateri kereta atas permintaan di Malaysia.

Biasanya nilai RM40 ini terdiri daripada:

  • RM20 diskaun pembelian bateri baharu

  • RM20 rebat tukar beli bateri lama

Baucar ini boleh ditebus melalui aplikasi Bateriku atau di pusat servis terpilih. Ia juga boleh digabungkan dengan kod promosi Bateriku lain yang tersedia dalam aplikasi atau laman web mereka (tertakluk kepada terma dan syarat).

Jika bateri kereta anda hampir tamat tempoh, manfaat ini boleh memberikan penjimatan sebenar.

Melihat Kos Pemilikan Secara Menyeluruh

Susut nilai ialah perkara biasa dalam pemilikan kereta, tetapi sesetengah model kehilangan nilai lebih cepat berbanding yang lain.

Dengan mempertimbangkan faktor seperti reputasi jenama, kebolehpercayaan, permintaan pasaran serta kos pemilikan seperti insurans dan cukai jalan, pembeli boleh memilih kenderaan yang mengekalkan nilai dengan lebih baik.

Dalam jangka panjang, kos sebenar pemilikan kereta bukan hanya harga ketika membeli, tetapi juga sejauh mana kereta tersebut mampu mengekalkan nilainya dari masa ke masa.

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.