ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Kesilapan Cukai Jalan & Insurans Kereta Musim Perayaan
Panduan | 09 Mar 2026

Kesilapan Cukai Jalan & Insurans Kereta Musim Perayaan

Setiap kali musim perayaan, ramai rakyat Malaysia akan memandu jarak jauh untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga. Namun dalam kesibukan membuat persiapan, ada beberapa perkara penting berkaitan cukai jalan dan insurans kereta yang sering terlepas pandang.

Kesilapan kecil semasa pembaharuan boleh menyebabkan denda, kelewatan perjalanan, atau kos insurans yang lebih tinggi daripada sepatutnya. Berikut ialah kesilapan yang paling kerap berlaku dan cara mengelakkannya.


ALT Text: Man frustrated after accident

1. Tidak menyemak status NCD sebelum perbaharui insurans

Ramai pemandu hanya sedar No-Claim Discount (NCD) mereka jatuh ke 0% apabila hendak bayar premium. Ini boleh berlaku akibat tuntutan lepas, polisi luput, atau ralat pentadbiran.

Tip: Sentiasa semak status NCD anda di MyCarInfo atau minta pengesahan daripada penyedia insurans sebelum membuat pembaharuan.

2. Cuba renew cukai jalan tanpa insurans aktif

Cukai jalan tidak boleh diperbaharui tanpa insurans kereta yang sah dan aktif. Jika insurans luput walaupun sehari, proses pembaharuan boleh tergendala.

Tip: Pastikan insurans diperbaharui terlebih dahulu dan tiada jurang perlindungan sebelum renew cukai jalan.

3. Terlupa semak saman atau status blacklist

Kenderaan yang mempunyai saman tertunggak atau disenarai hitam tidak boleh memperbaharui cukai jalan.

Tip: Semak saman JPJ dan PDRM lebih awal, terutamanya sebelum musim perayaan apabila kaunter dan sistem sering sesak.

4. Pilih insurans paling murah tanpa semak perlindungan

Harga murah tidak semestinya berbaloi. Polisi dengan excess tinggi atau perlindungan terhad boleh menyebabkan kos lebih besar jika berlaku kemalangan.

Tip: Bandingkan perlindungan, excess, dan add-ons seperti cermin hadapan sebelum buat keputusan.


Man looking at damages after accident

Cara jimat kos semasa renew insurans & cukai jalan

Selain mengelakkan kesilapan di atas, pemandu juga boleh menjimatkan kos dengan memanfaatkan promosi pembaharuan yang sah dan telus.

Promosi PolicyStreet: Betul-Betul FREE Road Tax

PolicyStreet kini menawarkan kempen Betul-Betul FREE Road Tax untuk pemandu yang memperbaharui insurans kereta melalui platform mereka.

Cara menikmati promosi ini:

  1. Layari car.policystreet.com dan mohon sebut harga insurans kereta.

  2. Perbaharui insurans kereta seperti biasa antara 25 haribulan sehingga hujung bulan, dari Januari hingga April 2026.

  3. Tambah Road Tax di bahagian Add-ons untuk menikmati diskaun secara automatik.

Pilih dan tambah Drive+ Membership (Lite, Standard atau Premium) untuk menikmati manfaat tambahan.

Nota penting: Tawaran adalah tertakluk kepada terma & syarat semasa. Sentiasa semak maklumat terkini di laman rasmi PolicyStreet sebelum membuat pembelian.

Penutup: Jangan tunggu saat akhir

Sebelum musim perayaan tiba, luangkan sedikit masa untuk:

  • Semak NCD

  • Pastikan insurans aktif

  • Selesaikan saman

  • Bandingkan polisi dan manfaat promosi

Langkah mudah ini bukan sahaja menjimatkan wang, malah memberi ketenangan fikiran semasa memandu bersama orang tersayang.

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.