ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Peraturan Cermin Gelap JPJ 2026: Boleh Ke Tuntutan Insurans Ditolak?
Panduan | 27 Jun 2026

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2026: Boleh Ke Tuntutan Insurans Ditolak?

Ringkasan: JPJ menetapkan Peratus Ketelusan Cahaya (VLT) minimum 70% bagi cermin hadapan dan 50% bagi cermin sisi hadapan (kiri dan kanan). Tiada had ditetapkan bagi cermin sisi belakang dan cermin belakang kenderaan persendirian. Cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi JPJ berisiko dikenakan saman atau gagal semasa pemeriksaan PUSPAKOM.

Luxury auto on pavement near aged house

Teringin nak pasang cermin gelap pada kereta anda? Sebelum itu, ketahui dahulu peraturan cermin gelap JPJ terkini supaya anda tak kena saman atau gagal pemeriksaan kenderaan.


Peraturan Cermin Gelap JPJ di Malaysia 2026

JPJ menetapkan tahap kegelapan cermin berdasarkan Peratus Ketelusan Cahaya (Visible Light Transmission, atau VLT). VLT ialah peratusan cahaya yang boleh menembusi cermin kereta anda. Semakin rendah VLT, semakin gelap cermin tersebut.

Berikut ialah had kegelapan yang dibenarkan bagi kenderaan persendirian:
Peraturan Cermin Gelap JPJ 2026: Boleh Ke Tuntutan Insurans Ditolak?

*Dengan syarat kenderaan dilengkapi cermin pandang sisi kiri dan kanan.

Ringkasnya, cermin hadapan dan cermin sisi hadapan tak boleh terlalu gelap, supaya pemandu dapat melihat dengan jelas. Cermin di bahagian belakang pula boleh digelapkan. Ramai pemandu memilih untuk gelapkan cermin belakang untuk privasi dan kurangkan haba.


Apa Akan Jadi Kalau Cermin Terlalu Gelap?

Kalau cermin kereta anda tidak menepati piawaian JPJ, anda berisiko:

  • Disaman JPJ semasa sekatan jalan raya

  • Diarahkan untuk menanggalkan filem cermin kereta

  • Gagal semasa pemeriksaan PUSPAKOM

Ketiga-tiga risiko ini amat penting, lebih-lebih lagi kalau anda kerap memandu jarak jauh, conthnya untuk tujuan kerja atau balik kampung semasa musim perayaan.


Adakah Smart Tint dan Ceramic Tint Dibenarkan?

JPJ menilai cermin berdasarkan bacaan VLT, bukan jenama atau jenis filem. Maksudnya, filem cermin pintar (smart tint), filem seramik (nano ceramic tint) dan teknologi filem lain perlu menepati had VLT yang sama.

Penting: yang diukur ialah VLT gabungan kaca kereta dan filem, bukan filem sahaja. Kebanyakan cermin kereta hari ini dah ada sedikit tint asal. Jadi, filem 50% yang dipasang pada cermin bertint mungkin memberi bacaan bawah 50%


Cara Pastikan Cermin Kereta Anda Patuh Syarat JPJ

Sebelum dan selepas pemasangan, pastikan anda:

  • Minta pemasang ukur bacaan VLT gabungan (kaca + filem) selepas filem dipasang

  • Simpan resit atau invois yang ada butiran filem dan bacaan VLT

  • Simpan dokumen waranti

Berhati-hati dengan label seperti "patuh JPJ" pada produk tint. PUSPAKOM dah jelaskan yang mereka hanya ikut spesifikasi VLT yang ditetapkan JPJ. Tiada standard pematuhan tint yang berasingan.

Jangan pilih filem cermin hanya berdasarkan tahap kegelapan atau rupa. Cermin yang nampak cantik tapi tak patuh piawaian JPJ boleh jadi lebih mahal kemudian nanti.


Kereta Anda Juga Perlu Perlindungan

Untuk memastikan kereta anda sah dipandu di jalan raya, anda bukan sahaja perlu mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap kereta. Anda juga perlu sentiasa peka tentang tarikh pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan supaya tidak dikenakan penalti yang sepatutnya boleh dielakkan.

Melalui kempen Save Kaw Kaw di PolicyStreet, pelanggan yang membeli insurans kereta secara online boleh memilih kod promo dan baucar tunai yang layak untuk menikmati diskaun. Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Pemandu juga boleh menikmati ganjaran tambahan melalui program keahlian PolicyStreet, Drive+. Program ni menawarkan tiga tingkat keahlian: Lite (RM49.90), Standard (RM79.90) dan Premium (RM109.90).

Perbaharui insurans kereta dan cukai jalan anda di PolicyStreet sekarang.

Dapatkan sebut harga dengan PolicyStreet


Soalan Lazim

1. Apakah kadar kegelapan cermin kereta yang dibenarkan di Malaysia?

JPJ menetapkan VLT minimum 70% bagi cermin hadapan dan 50% bagi cermin sisi hadapan (kiri dan kanan). Tiada had ditetapkan bagi cermin sisi belakang dan cermin belakang kenderaan persendirian.

2. Bolehkah cermin penumpang belakang digelapkan sepenuhnya?

Ya. Tiada had VLT bagi cermin sisi belakang dan cermin belakang kenderaan persendirian, dengan syarat kenderaan ada cermin pandang sisi kiri dan kanan.

3. Adakah filem cermin yang tidak dibenarkan boleh menjejaskan tuntutan insurans kereta?

Pengubahsuaian yang tak patuh peraturan boleh merumitkan pemeriksaan selepas kemalangan. Pemandu digalakkan patuh piawaian JPJ untuk elak isu semasa proses tuntutan.

4. Apakah kelebihan yang boleh saya dapat melalui keahlian Drive+?

Pelanggan yang membeli keahlian Drive+ layak menerima pelbagai ganjaran eksklusif, termasuk diskaun dan baucar khas untuk ahli bernilai sehingga RM360, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Terma dan Syarat PolicyStreet.

Dapatkan sebut harga dengan PolicyStreet

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Sosial
tiktokinstagramfacebookxlinkedin
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.