ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Insurans Kereta Sebelum Raya: Lebih Baik Renew Ketika Ramadan atau Minggu Raya?
Panduan | 18 Mar 2026

Insurans Kereta Sebelum Raya: Lebih Baik Renew Ketika Ramadan atau Minggu Raya?

Setiap tahun, ramai hanya sedar insurans kereta hampir tamat tempoh bila Raya semakin dekat. Bila sudah sibuk urus persiapan balik kampung, barulah teringat tentang insurans kereta sebelum Raya.

Ramadan selalunya lebih tenang untuk merancang kewangan. Masuk minggu Raya, suasana jadi lebih sibuk dan keputusan akan dibuat secara tergesa-gesa.

Artikel ini membantu anda menilai masa yang lebih sesuai supaya tidak perlu kelam-kabut di saat akhir.

Kenapa Ramadan Waktu Lebih Sesuai Untuk Renew Insurans Kereta

Keadaan jalan sesak

Ramadan biasanya bulan untuk menyusun bajet dan semak komitmen kewangan. Jadi, urus insurans kereta sebelum Raya dalam tempoh ini supaya lebih teratur dan tidak kelam-kabut.

Kenapa lebih sesuai ketika Ramadan?

  • Masih ada masa sebelum musim balik kampung bermula

  • Boleh banding harga dan perlindungan tanpa tergesa-gesa

  • Ada ruang untuk semak add-on seperti Special Perils atau perlindungan cermin

  • Keputusan dibuat dengan lebih rasional, bukan ikut tekanan masa

Pembaharuan secara online juga memudahkan urusan. Selesai lebih awal, anda boleh fokus pada persiapan Raya tanpa perlu risau tentang polisi yang hampir tamat tempoh.

Nak susun kewangan lebih teratur sepanjang bulan puasa? Baca lebih lanjut tentang bersiap sedia untuk ramadan supaya perancangan anda lebih lancar.

Renew Saat Akhir Menjelang Raya: Realiti Yang Selalu Berlaku

Masuk minggu puncak Raya, suasana memang berbeza. Jika pembaharuan dibuat pada waktu ini, inilah situasi yang biasa berlaku:

  • Jadual harian padat dengan persiapan balik kampung

  • Trafik semakin sesak dan perjalanan lebih mencabar

  • Ramai baru sedar insurans kereta hampir tamat tempoh

  • Tekanan semasa membuat keputusan jadi lebih tergesa-gesa

  • Tumpuan lebih kepada untuk siap cepat, bukan untuk menyemak perlindungan secara menyeluruh

  • Permohonan yang tinggi dalam minggu Raya berpotensi menyebabkan kelewatan pemprosesan

Dalam keadaan ini, urusan insurans kereta sebelum Raya mudah jadi satu lagi perkara yang menambah stres menjelang Hari Raya.

Ketahui apa yang perlu dibuat jika perlu renew insurans kereta sebelum raya last minute supaya tidak terlepas daripada perlindungan.

Ramadan atau Minggu Raya: Mana Lebih Sesuai Untuk Renew?

Masa anda memilih untuk perbaharui cukai jalan dan insurans kereta sebelum raya sebenarnya memberi pengalaman yang berbeza. Ramadan dan minggu terakhir Raya datang dengan suasana, tekanan dan keutamaan yang tidak sama.

Di bawah ialah perbandingan ringkas untuk anda lihat perbezaan dengan lebih jelas:

Kenali lebih lanjut tentang jenis pemandu balik kampung sebelum memulakan perjalanan.

Setiap kali tiba musim Raya, ramai hanya fokus pada jadual perjalanan dan persiapan keluarga. Insurans kereta sebelum Raya selalunya jadi perkara yang ditangguhkan sehingga hampir dengan tarikh bergerak.

Bila sudah hampir waktu bertolak, ruang untuk buat keputusan jadi sempit. Apa yang patut dirancang dengan tenang bertukar jadi urusan segera.

Selesaikan lebih awal beri anda pilihan, bukan tekanan. Bila semuanya sudah beres sebelum balik kampung, perjalanan terasa lebih teratur dan tidak kelam-kabut.

Sudah rancang perjalanan jauh? Fahami perlindungan yang sesuai untuk insurans kereta balik kampung sebelum anda memulakan perjalanan.

Renew Dengan Mudah di PolicyStreet Sepanjang Ramadan

Daftar insurans kereta dalam bulan Ramadan

Dalam bulan Ramadan, ramai mahu urus perkara penting dengan cara yang lebih ringkas. Pembaharuan insurans kereta sebelum Raya tidak perlu jadi satu lagi perkara yang memenatkan.

PolicyStreet membolehkan anda semak dan banding harga dalam satu tempat sahaja. Proses  beli insuran kereta dibuat sepenuhnya secara online, jadi tidak perlu keluar rumah atau susun masa untuk berjumpa ejen.

Semua caj dipaparkan dengan jelas sebelum bayaran dibuat. Pilihan bayaran juga fleksibel, termasuk ansuran kad kredit atau BNPL.

Selepas selesai, e-policy dihantar terus secara digital. Urusan siap lebih awal, dan anda boleh teruskan Ramadan tanpa gangguan.

5 Tip Praktikal Untuk Rakyat Malaysia Sebelum Raya

Image is AI-generated

Sebelum masuk minggu puncak, ambil sedikit masa untuk semak perkara penting ini supaya urusan insurans kereta sebelum Raya berjalan lancar:

  • Semak tarikh tamat polisi lebih awal bagi memastikan perlindungan tidak terputus dan NCD (No Claim Discount) kekal dilindungi

  • Banding perlindungan, bukan harga semata-mata

  • Pastikan jumlah perlindungan kenderaan masih sesuai dengan nilai semasa

  • Nilai keperluan perlindungan tambahan seperti banjir atau cermin

  • Selesaikan pembaharuan sebelum jadual balik kampung menjadi terlalu padat

Fahami bagaimana perlindungan digabungkan dapat meringankan beban kewangan dan bantu anda urus perbelanjaan dengan lebih bijak.

Jangan Tunggu Minggu Raya, Renew Sekarang

Ramadan beri ruang untuk buat keputusan dengan lebih teratur. Minggu Raya pula selalunya penuh dengan kesibukan dan tekanan masa. Pilihan masa yang betul boleh tentukan sama ada urusan insurans kereta sebelum Raya berjalan lancar atau jadi kelam-kabut saat akhir.

Selesaikan lebih awal supaya perjalanan balik kampung tidak dibayangi rasa risau. Bila perlindungan sudah aktif dan semuanya disahkan, anda boleh fokus pada keluarga dan suasana perayaan.

Renew insurans kereta sebelum Raya sekarang dan selesaikan secara online di PolicyStreet online platform.

Hubungi PolicyStreet melalui WhatsApp untuk respon lebih pantas, atau emelkan pertanyaan anda untuk maklumat lanjut. Pasukan kami sedia membantu anda sebelum musim Raya bermula. 

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.