
Bayangkan anda sedang memandu pulang, tiba-tiba sebuah kereta memotong dan masuk ke lorong anda. Berlaku pelanggaran. Anda terkejut, tetapi tidak cedera. Kemudian anda sedar: insurans kereta anda telah tamat tempoh tiga hari lepas.
Apa yang sepatutnya menjadi tuntutan insurans yang mudah, kini bertukar kepada ribuan ringgit kos pembaikan, yuran guaman dan tiada perlindungan langsung.
Menangguhkan pembaharuan insurans kereta di Malaysia boleh menjadikan kemalangan kecil sebagai masalah kewangan yang besar.
Ramai fikir mereka ada “beberapa hari lagi” selepas polisi tamat, tetapi sebenarnya sebaik sahaja insurans tamat tempoh anda terus tidak dilindungi.
Setiap hari anda memandu tanpa insurans yang sah meletakkan anda pada risiko kewangan yang besar. Satu kemalangan sahaja dalam tempoh ini sudah cukup untuk menghabiskan simpanan anda.
Untuk kerosakan sederhana, kos pembaikan boleh mencecah RM5,000 hingga RM15,000. Bagi kemalangan serius, jumlahnya boleh melebihi RM50,000.
Anda bertanggungjawab ke atas kecederaan dan kerosakan harta pihak ketiga. Bil hospital dan pembaikan boleh melebihi RM100,000.
Dan malang tidak berbau.
Ribut dan pokok tumbang di Lembah Klang pada 2024 menyebabkan ramai pemandu menanggung kos pembaikan yang tinggi kerana insurans mereka telah tamat tempoh ketika insiden berlaku.
Contohnya, jika dahan pokok jatuh ke atas kereta yang diparkir, kos pembaikan yang boleh mencecah lebih RM11,500 perlu dibayar sendiri jika polisi insurans tidak aktif.
Untuk elakkan situasi macam ini, lihat bagaimana PolicyStreet menawarkan pilihan insurans kereta pada harga berpatutan daripada pelbagai syarikat insurans yang dipercayai.
No-Claim Discount (NCD) memberi anda diskaun sehingga 55% jika anda tidak pernah membuat tuntutan.
Membiarkan polisi anda luput boleh menjejaskan NCD yang telah anda kumpul selama bertahun-tahun.
NCD anda tidak akan hilang serta-merta, tetapi jika anda biarkan polisi tamat tempoh terlalu lama, NCD yang anda kumpul bertahun-tahun boleh terjejas.
Sebagai contoh, selepas satu tahun tidak memperbaharui, NCD 55% boleh turun kepada 45%. Ini bermakna anda kehilangan satu tahun diskaun walaupun telah memandu dengan baik tanpa sebarang tuntutan.
Masa terbaik untuk renew ialah sehingga dua bulan sebelum polisi tamat tempoh. Ini memberi anda ruang untuk membandingkan harga, mendapatkan diskaun terbaik dan mengelakkan sebarang jurang perlindungan yang boleh menjejaskan NCD anda.
PolicyStreet turut menghantar peringatan pembaharuan lebih awal sebelum tarikh tamat, supaya anda tidak kehilangan NCD yang telah anda bina selama ini.
Memandu dengan insurans atau cukai jalan yang telah tamat tempoh adalah kesalahan besar di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan risiko denda, tindakan mahkamah dan kenderaan disita.
Dan sekarang, pihak penguatkuasa semakin efisien:
Sekatan jalan raya menggunakan sistem digital untuk semak status insurans dan cukai jalan secara segera
Aplikasi MyJPJ memudahkan pihak berkuasa mengesahkan pemilikan kenderaan dan insurans dalam beberapa saat
Sistem pengecaman nombor plat automatik mengesan kenderaan bermasalah
Renew melalui platform insurans digital PolicyStreet memastikan maklumat insurans anda dihantar dan dikemas kini dalam sistem JPJ tanpa sebarang kerumitan.
Anda juga boleh bandingkan harga insurans pihak ketiga di Malaysia daripada pelbagai syarikat insurans dengan lebih mudah.
Ramai pemandu tidak tahu bahawa kebanyakan syarikat insurans menyediakan grace period selepas polisi tamat.
Secara umumnya, tempoh grace period biasanya antara 10 hingga 31 hari, bergantung kepada syarikat insurans. Dalam tempoh ini, polisi sedia ada masih dianggap aktif dan anda masih dilindungi.
Namun, perlu diingat, selepas tempoh grace period tamat, polisi dianggap luput sepenuhnya. Apa-apa tuntutan yang dibuat selepas polisi tamat tempoh akan ditolak.
Jadi, periksa tarikh tamat awal dan renew tepat pada masanya supaya anda tidak hilang perlindungan dan manfaat NCD. PolicyStreet memudahkan proses ini dengan e-polisi segera dan pembaharuan cukai jalan yang mudah.
Perlu bantuan? Rujuk panduan untuk pengguna baharu kami dan pelajari cara renew di PolicyStreet dalam beberapa minit sahaja.
Berikut amalan mudah untuk memastikan anda sentiasa dilindungi:
Tetapkan peringatan pembaharuan lebih awal: Gunakan telefon atau emel untuk menetapkan peringatan 2 bulan, 1 bulan dan 2 minggu sebelum tarikh tamat.
Renew insurans & cukai jalan serentak: Untuk lebih mudah, renew insurans kereta dan cukai jalan sekaligus di satu platform.
Buat perbandingan awal: Bandingkan premium dan perlindungan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh tamat.
Beli sebelum tarikh tamat: Pastikan anda renew sebelum tarikh tamat polisi. Ini membantu mengelakkan sebarang jurang perlindungan dan melindungi No-Claim Discount (NCD) anda daripada terjejas.
PolicyStreet memudahkan semua ini dengan memberikan peringatan automatik, perbandingan kadar yang kompetitif dan sokongan pelanggan yang pantas serta mesra.
Kelewatan yang nampak kecil boleh membawa kepada kerugian yang besar.
Sebaik sahaja polisi anda tamat, anda tidak lagi dilindungi daripada kos pembaikan yang tinggi, anda berisiko kehilangan NCD dan anda boleh disaman.
PolicyStreet menjadikan proses pembaharuan lebih mudah dengan sebut harga segera, perlindungan hari yang sama dan polisi digital yang dihantar serta-merta ke emel anda.
Renew insurans kereta anda dengan cepat, mudah dan selamat hari ini. Hubungi kami melalui WhatsApp atau emel untuk pembaharuan anda.