ps logo
EN
BM
ps logo
EN
BM
Renew Insurans Kereta Sebelum Raya Saat Akhir? Baca Ini Dulu
Tip & Trik | 18 Mar 2026

Renew Insurans Kereta Sebelum Raya Saat Akhir? Baca Ini Dulu

Musim Raya selalunya penuh dengan persiapan balik kampung dan perjalanan jauh di lebuh raya yang semakin sesak. Dalam kesibukan itu, ramai yang baru sedar insurans kereta atau road tax hampir tamat tempoh.

Bila terpaksa renew insurans kereta sebelum raya last minute, tekanan pun meningkat. Memandu tanpa insurans sah boleh membawa pendakwaan di mahkamah serta denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga 3 bulan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Untuk elak panik saat akhir, PolicyStreet menawarkan pilihan pembaharuan melalui platform insuran di Malaysia yang cepat dan mudah untuk rakyat Malaysia yang sibuk.

Renew Dekat Dengan Raya: Mudah Menjadi Beban Tanpa Disedari

Bila pembaharuan dibuat terlalu hampir dengan Raya, semuanya jadi kelam kabut. Trafik makin sesak, perjalanan jauh yang dah dirancang, tetapi polisi masih belum disahkan aktif.

Dalam keadaan kelam kabut ini:

  • Tiada masa untuk semak perlindungan dengan teliti

  • Tidak sempat tambah perlindungan tambahan untuk perjalanan jauh

  • Terus pilih polisi yang ada tanpa bandingkan pilihan lain

Lebih membimbangkan, jika polisi sudah tamat tempoh dan kereta dipandu untuk balik kampung, anda berdepan risiko saman serta perlu tanggung sendiri kos sekiranya berlaku kemalangan.

Raya sepatutnya menjadi sebuah perjalanan yang menenangkan, bukannya tertekan disebabkan insurans yang tertangguh.

Rujuk panduan insurans kereta balik kampung dan buat keputusan yang lebih meyakinkan.

Balik Kampung Tanpa Perlindungan Lengkap? Ini Risikonya

Kemalangan kereta dengan motor

Perjalanan balik kampung selalunya melibatkan jarak yang lebih jauh dan tempoh pemanduan yang lebih lama. Dalam keadaan trafik padat dan pemandu yang tergesa gesa nak sampai ke destinasi, risiko kemalangan memang lebih tinggi berbanding hari biasa.

Tanpa perlindungan yang lengkap, kesannya boleh jadi buruk:

  • Kemalangan kecil boleh menjadi beban kewangan jika perlindungan tidak mencukupi.

  • Kerosakan akibat banjir atau ribut mungkin tidak dilindungi jika tiada perlindungan tambahan seperti Special Perils.

  • Kos tunda dan pembaikan perlu ditanggung sendiri sekiranya polisi tidak aktif atau perlindungan terhad.

Selain kos, tekanan emosi juga boleh menjejaskan mood perayaan. Raya sepatutnya menjadi masa bersama keluarga, bukan untuk fikir tentang tuntutan insurans atau kos pembaikan yang tidak dirancang.

Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan perlindungan benar benar sesuai dengan risiko musim perayaan supaya perjalanan anda lebih yakin dan tenang.

Baca panduan lengkap mengenai insurans kereta sebelum raya and jenis pemandu balik kampung untuk elak risiko yang tidak dijangka.

Kenapa Pilih Renew Sebelum Musim Raya

This image is AI-generated

Renew lebih awal memberi anda ruang untuk berfikir dengan jelas. Tidak perlu tergesa gesa atau buat keputusan dalam keadaan tertekan.

Bila urusan diselesaikan lebih awal:

  • Anda boleh pilih perlindungan yang benar benar sesuai dengan keperluan

  • Ada masa untuk tambah perlindungan tambahan bagi perjalanan jauh

  • Tidak perlu risau samada polisi belum aktif ketika hari bertolak

Hasilnya, perjalanan balik kampung terasa lebih yakin. Fokus boleh diberikan pada keluarga dan perjalanan, bukan lagi pada urusan yang tertangguh.

Ketahui tip penting dalam bersiap sedia untuk Ramadan supaya perlindungan anda lebih teratur.

Renew Insurans Kereta Online di PolicyStreet Tanpa Tekanan

Menjelang Raya, masa selalunya semakin terhad. Daripada keluar rumah dan beratur, pembaharuan boleh dibuat secara online dengan lebih cepat.

Melalui PolicyStreet, anda hanya perlu semak sebut harga, pilih perlindungan yang sesuai dan teruskan pembayaran. Pecahan bayaran dipaparkan dengan jelas supaya anda tahu apa yang dibayar. Selepas pembayaran berjaya, e- polisi akan dikeluarkan mengikut tempoh pemprosesan dan kelulusan pihak insurans untuk renew insurans kereta.

Semua selesai tanpa perlu panik atau tangguh hingga saat akhir. Jadi sebelum bertolak balik kampung, urusan insurans sudah pun selesai.

Dapatkan gambaran jelas tentang bagaimana perlindungan boleh membantu bajet anda melalui manfaat perlindungan gabungan.

Selesaikan Pembaharuan Insurans Sebelum Raya Bermula

Memperharui insurans di PolicyStreet online

Malam Raya bukan masa yang sesuai untuk uruskan insurans. Bila semuanya dibuat saat akhir, anda akan tertekan dan perjalanan balik kampung akan bermula dengan rasa tidak yakin.

Ambil tindakan sekarang. Semak tarikh luput polisi anda dan pastikan perlindungan aktif sebelum lebuhraya mula sesak. Lagi awal diselesaikan, lagi tenang perjalanan Raya anda.

Bandingkan dan renew insurans kereta secara online bersama PolicyStreet hari ini supaya anda boleh pulang ke kampung halaman dengan lebih yakin dan tanpa risau.

Perlukan bantuan atau ingin tahu pilihan perlindungan yang lebih sesuai? Hubungi PolicyStreet melalui WhatsApp atau emel untuk dapatkan maklumat lanjut dan panduan yang jelas sebelum anda membuat keputusan.

Faedah yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had. Sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Kaedah Pembayaran:
Grab PayBoostShopbackSPayLaterVisaMasterCardFPXTouch N GoSPayAtomeGrab Pay LaterAHA Pay Later
Bank untuk EPP (3/6/12 bulan):
maybankcimbbankrhb bankambankhsbcocbc bankpublic bankAffin Bankhluobstdchartered
Sebutharga dan Polisi dikeluarkan oleh PolicyStreet Malaysia, jenama di bawah Polisea Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201601041144 (1212085-T)) yang merupakan Penasihat Kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.